Aluan

CORETAN ALUAN DARIPADA GURU BESAR

(EN.MOHD NADZRI B JAAFAR)

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta pelajar ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga lawan web ini akan menjadi penghubung silaturrahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama warga pendidik, murid, bekas murid, ibubapa demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan  sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang.

Disamping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan ketekunan, kesabaran dalam usaha menuntut ilmu untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Akhir kata, saya berharap para pendidik, murid serta ibubapa akan dapat mengambil manafaat dengan kewujudan laman web sekolah ini yang disenggarakan oleh AJK Portal Sekolah. Portal ini sekali lagi dikemas kini mulai Oktober 2012 setelah mendapat url  edu.my dan bengkel projek 2u school.

InsyaAllah ia akan dikemaskini dari masa kesemasa agar mempunyai maklumat yang lengkap dan terkini.

InsyaAllah,mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dalam semua bidang menjelang 2017.

Wassalam