Dropbox SKGJ

Link Dropbox SKGJ: https://www.dropbox.com/sh/gm7n2p7vy2xjuob/500CtGT5P9

 

APA ITU DROPBOX

       Ledakan teknologi masa kini telah memperkenalkan sebuah lagi software iaitu software Dropbox. Dropbox merupakan perkataan yang baru didengar dan penggunaannya tidak meluas sehinggakan terdapat individu yang tidak mengenali apa itu Dropbox. Ianya memberikan banyak manfaat kepada para pengguna namun penggunaannya belum meluas lagi.

 

Dropbox adalah perkhidmatan penyimpanan fail yang dikendalikan oleh Dropbox Incorporations yang menawarkan penyimpanan awam, penyenggaraan folder, perkongsian fail dan perisian pelanggan. Secara ringkas, Dropbox membolehkan pengguna untuk mewujudkan folder khas pada setiap komputer mereka. Kemudian, Dropbox menyeragamkan folder itu supaya ia muncul sebagai folder yang sama sekaligus memiliki kandungan yang sama dalam komputer walaupun folder itu dibuka di dalam komputer yang berlainan. Dokumen yang diletakkan di dalam folder ini juga boleh diakses melalui laman web dan aplikasi telefon pintar. Dropbox menyediakan perisian klien untuk Microsoft Windows, Apple Mac OS X, Linux, Google Android, Apple IOS dan BlackBerry OS serta pelayar web.

 

Pada bulan April 2012, Dropbox mengumumkan ciri baru yang membolehkan pengguna secara automatik memuat naik gambar atau video dari kamera, tablet, kad SD atau telefon pintar. Pengguna akan diberikan sehingga ke 3 Gigabyte (GB) ruang tambahan untuk memuatkan gambar-gambar dan video yang dimuat naik dalam folder tersebut. Melalui Dropbox ini, pelanggan boleh memadamkan dokumen yang tidak digunakan dalam folder. Walaupun begitu, ia mudah dicari semula oleh pelanggan lain melalui sejarah semakan dan boleh didapati dari mana-mana komputer yang mengandungi Dropbox tersebut. Dropbox menyokong kawalan versi multi-pengguna, membolehkan beberapa pengguna untuk mengedit dan fail semula pasca tanpa penggantian versi.

 

Dropbox merupakan perisian atau aplikasi yang dapat membantu untuk backup folder yang terdapat dalam komputer dan diletakkan di dalam Dropbox. Ianya dianggap thumbdrive maya yang boleh dibawa ke mana-mana. Selepas menggunakan Dropbox, kita boleh muat naik fail menggunakan mana-mana komputer di seluruh dunia. Apa yang penting adalah lokasi itu mempunyai talian internet yang baik untuk mempercepatkan proses muat turun serta komputer yang digunakan mestilah mengandungi software Dropbox.

 

Dalam masa yang sama, Dropbox juga mempunyai fungsi yang membolehkan kita untuk berkongsi fail kepada sesiapa sahaja yang kita mahu asalkan kedua-dua pihak memiliki akaun Dropbox dan telah install software Dropbox di dalam komputer mahupun telefon mudah alih. Ianya berkongsi dokumen tetapi pihak terlibat akan melihat secara ‘live’ sekiranya dokumen sedang diedit oleh pekongsi dokumen yang sama. Ianya mudah untuk berkongsi fail dengan keluarga, rakan-rakan sama ada rakan sekerja mahupun rakan sekuliah.

 

Dropbox memberikan ruangan storan percuma sebanyak 2 GB menerusi pakej Basic Dropbox setelah mendaftar untuk pertama kali. Bagi pakej Pro 50, ianya menawarkan ruangan storan 50GB namun ianya perlu dibayar USD99.00 setahun atau USD9.00 sebulan. Bagi pakej Pro 100 pula, ruangan storan 100GB diberikan dan bayaran USD199.00 setahun atau USD19.90 sebulan. Manakala bagi ruangan storan 1TB ke atas iaitu pakej Teams, Dropbox akan menghantar quotation harga yang bersesuaian dengan keperluan. Jumlah ruangan storan yang diperlukan terpulang kepada para pengguna.

 

Dropbox merupakan satu aplikasi yang menyediakan ruang simpanan untuk folder seseorang individu secara online. Aplikasi Dropbox akan mencipta satu folder baru di dalam komputer secara automatik dan folder itu sama seperti folder dalam komputer yang lain setelah install software Dropbox serta mempunyai akaun Dropbox. Setiap kali kita masukkan dokumen ke dalam folder Dropbox, dokumen akan diupload secara automatik ke dalam folder kita yang terletak di dalam Dropbox.com. Dengan ini, kita boleh akses dokumen di dalam folder kita walau di manapun kita berada dan ianya seolah-olah pendrive versi online.

Dropbox boleh digunakan sebagai host kepada produk percuma yang diberikan kepada subscriber sesuatu produk. Ianya dapat digunakan oleh perniagaan online dalam mempromosikan produk-produk jualan peniaga. Selain menggunakan software lain untuk mempromosikan produk, Dropbox juga memainkan peranan di mana ianya boleh dibuka oleh pelanggan untuk membeli produk tersebut walau di mana berada asalkan terdapatnya akses internet.

Selain itu, Dropbox juga merupakan satu aplikasi yang serupa atau menyamai Pendrive atau External Hard Disc yang digunapakai oleh pelajar dan orang ramai untuk menyimpan maklumat seperti dokumen, gambar dan sebagainya. Aplikasi Dropbox amat menarik kerana ianya sangat fleksibel. Penggunaan Dropbox boleh dikatakan selamat kerana apabila sesuatu dokumen atau fail yang dibuat akan disimpan secara automatik ke dalam Dropbox. Ianya amat memudahkan para pengguna agar tidak perlu untuk membawa pendrive ke mana-mana serta dapat menghalang virus yang seringkali merosakkan fail di dalam komputer.

Ianya juga brtindak seolah-olah poket doraemon di mana ianya boleh memuatkan pelbagai jenis folder tidak kira ianya folder muzik, dokumen, gambar, tugasan dan sebagainya. Dengan hanya install software Dropbox dan simpan fail-fail di dalamnya, maka ianya dapat dilhat dengan komputer lain mahupun teleon pintar yang lain.

 

BoxyTunes juga merupakan salah satu apikasi yang boleh disatukan dengan penggunaan akaun Dropbox yang terdapat dalam Macbook Pro dan iPhone. Ianya berfungsi untuk memainkan file muzik yang diletakkan di akaun Dropbox yang telah install di dalam telefon pintar. Fail yang disokong oleh BoxyTunes adalah format mp3, m4a, wav, aiff, mp4, caf dan accs.

 

Software Dropbox mudah didapati kerana ianya boleh didownload secara percuma malah ianya memberkan banyak manfaat kepada penggunanya. Oleh itu, orang ramai kini bolehlah menggunakan Dropbox bagi memudahkan penyimpanan fail yang penting dan penggunaannya bolehlah disebarkan kepada orang ramai kerana masa kini, orang ramai tidak mengetahui kepentingan penggunaan software Dropbox seperti mana software lain seperti Facebook, Blogger dan lain-lain yang digunakan secara meluas.

 

KELEBIHAN DROPBOX

 

         Seperti yang kita sedia maklum, software Dropbox mempunyai kelebihannya tersendiri dan ianya unik berbanding dengan software yang lain walaupun ianya jarang digunakan dan penggunaannya tidak meluas seperti software yang lain. Namun, setelah seseorang individu install software Dropbox, individu tersebut akan mengenali sendiri dan akan berasa kagum dengan kelebihan yang terdapat setelah menggunakan Dropbox.

           

Pertama, kita tidak memerlukan pendrive atau External Hard Disc serta tidak perlu membawanya ke mana-mana di mana kemungkinan besar ianya akan hilang ataupun dimasuki oleh virus. Dengan adanya Dropbox di dalam komputer, kita tidak perlu memindahkan kerja dari komputer ke notebook dengan menggunakan pendrive. Kita hanya perlu menyimpan maklumat ke dalam folder Dropbox di mana ianya akan secara automatik akan berada di dalam folder Dropbox di dalam notebook. Seperti yang kita sedia maklum, seringkali terdapat virus di dalam pendrive sehingga ianya akan merosakkan folder yang penting. Maka, dengan adana Dropbox, ianya akan memudahkan kita untuk menyimpan dan memindahkan maklumat dalam folder kepada rakan, keluarga mahupun notebook lain.

Kedua, Dropbox menyediakan ruang penyimpanan percuma sebanyak 2GB setelah kita mendaftar buat kali yang pertama secara biasa di laman Dropbox.com. Dropbox juga memberikan keistimewaan kepada pengguna kali pertama mendaftar Dropbox di mana pengguna akan mendapat ruangan storan tambahan sebanyak 500MB. Pengguna boleh upload semua jenis fail seperti dokumen, gambar, zip, muzik dan sebagainya di mana ianya tidak terhad ukuran size yang diupload asalkan tidak melebihi 2GB.

 

Ketiga, Dropbox berupaya untuk menyegerakan folder yang terdapat dalam Dropbox dengan peranti yang kita gunakan. Dropbox akan tersegerakan dengan komputer yang kita gunakan tidak kira ianya Windows, Linux ataupun Mac. Ianya dapat tersegerakan juga kepada beberapa peranti telefon mudah alih seperti iPhone, Blackberry dan iPad. Ianya dapat backup folder yang ingin diguna dan memindahkan ke folder Dropbox yang ada di komputer sehingga folder secara automatik akan tersegerakan dengan server. Dengan ini, kita tidak peru bersusah payah untuk menyegerakan sendiri folder kita kerana Dropbox telah melakukannya kepada kita khasnya folder yang terdapat di dalam Dropbox.

 

Keempat, Dropbox ini amatlah istimewa kerana kita boleh berkongsi dokumen dalam folder di mana-mana sahaja serta menyenangkan kita supaya dapat berbahagi fail apapun kepada sesama pengguna Dropbox. Biasanya apabila pelajar membuat assignment dalam kumpulan, salah satu masalah adalah apabila mengumpulkan assignment yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan. Dengan memiliki software Dropbox, setiap ahli kumpulan hanya perlu memasukkan assignment tadi di dalam folder Dropbox pada komputer masing-masing. Ianya juga dapat mengelakkan daripada virus melalui pendrive.

 

Kelima, Dropbox menjadi agen penyelamat sekiranya berlaku sesuatu terhadap komputer atau notebook pengguna kerana aplikasi ini boleh digunakan secara meluas melalui telefon pintar, iPad dan sebagainya. Jika berlaku apa-apa pada komputer ataupun notebook, dokumen yang berada dalam folder Dropbox tidak akan terjejas dan boleh akses dari komputer lain dengan hanya melayari website Dropbox. Dokumen-dokumen penting haruslah dijadikan folder penting dan perlulah ‘copy’ ke dalam folder Dropbox sebagai backup sekiranya sesuatu yang tidak diingini ke atas komputer. Ini sebagai langkah yang bijak untuk menyelamatkan folder penting.

 

Keenam, dengan menggunakan Dropbox dapat menjadikan folder secara selari. Sebagai contoh, apabila kita mengedit dokumen dalam folder Dropbox, setelah menekan save, Dropbox akan menyegerakan fail ini kepada semua komputer yang lain atau telefon mudah alih yang telah install software Dropbox dengan serta-merta dan secara automatik. Ianya akan berlaku secara automatik bagi akaun yang sama. Bagi folder yang dikongsi dengan pengguna yang lain, ianya akan diselarikan apabila pengguna lain membuka akaun mereka dan juga mendapat folder yang dikongsi. Ini menyenangkan pengguna tidak kira di mana sahaja berada apabila memerlukan folder yang penting asalkan memiliki software Dropbox.

 

Ketujuh, software Dropbox adalah dapat digunakan di telefon pintar bagi memudahkan untuk mendownload fail. Ianya diintegrasikan dengan iPad, iPhone, Blackberry dan Android. Oleh itu, apa-apa dokumen yang berada dalam Dropbox terdapat dalam komputer ataupun notebook, ianya akan dapat dibuka menggunakan telefon pintar oleh pengguna yang sama dengan hanya log in menggunakan akaun Dropbox yang sama. Tambahan pula, pada masa kini, hampir setiap individu memiliki telefon pintar. Dengan ini, software Dropbox penting serta setiap telefon pintar hendaklah install software Dropbox sebagai agen penyelamat folder terutamanya yang mengandungi dokumen penting.

 

Di samping itu, kelebihan Dropbox yang kelapan iaitu software Dropbox boleh akses di mana-mana selagi ada akses internet. Apabila pengguna ingin mendapatkan dokumen yang tertinggal di dalam komputer di rumah, ianya dengan mudah mendapatkan dokumen tersebut di dalam Dropbox. Tambahan pula, di mana-mana kawasan pada masa kini memiliki WiFi percuma, akses internet daripada telefon pintar dan sebagainya. Maka, dengan ini folder yang penting hendaklah disimpan di dalam Dropbox kerana ianya disimpan dalam keadaan yang selamat biarpun komputer rosak.

 

Dengan ini, kita memperoleh banyak manfaat dengan memiliki software Dropbox dalam komputer rumah, notebook dan juga telefon pintar. Penggunaannya bolehlah disebarkan secara meluas kerana ianya mendatangkan kebaikan kepada para penggunanya.

 

KEKURANGAN DROPBOX

 

Namun, Dropbox juga mempunyai kekurangannya tersendiri. Pertama, ruangan storan percuma yang disediakan hanya 2GB dan ianya tidak cukup untuk menyimpan folder yang banyak. Bagi mendapatkan ruangan storan yang lebih besar iaitu 50GB ke atas, ianya memerlukan bayaran. Hal ini menyebabkan pengguna kurang untuk berminat untuk menggunakan Dropbox kerana perlu membayar untuk mendapatkan ruangan storan yang besar saiznya.

.

Selain itu, software Dropbox juga mempunyai kelemahannya iaitu pengguna tidak dapat akses folder yang terdapat di dalam akaun Dropbox sekiranya tidak ada akses internet. Hal ini menyukarkan sekiranya di sesetengah kawasan tidak memiliki akses internet terutamanya apabila ingin mendapatkan dokumen penting dengan keadaan yang segera. Namun, Dropbox banyak memberi manfaat penggunaannya berbanding dengan keburukannya.

 

APLIKASI DROPBOX DALAM P&P ALAF 21

 

Teknologi 2.0 adalah sebahagian daripada alatan bermanfaat untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk sesi pembelajaran dan pengajaran supaya dapat disesuaikan dengan pelajar abad kini.

 

Bahan kursus melalui kandungan modul, perbincangan melalui forum, pelaksanaan kuiz atau ujian serta penggunaan digital Dropbox untuk tujuan menghantar dan menerima dokumen yang tertentu seperti surat, tugasan pelajar dan sebagainya. Bahan kursus yang dimuat naik oleh pensyarah boleh disediakan dalam bentuk format seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, Flash, Video, Audio, PDF dan lain-lain.

 

Setiap hari, rutin seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai dokumen. Kebiasaannya, setiap guru akan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dalam melakukan tugasan sekolah mahupun dalam penyediaan bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, sering kali menjadi masalah ialah kaedah penyimpanan yang cekap. Sebagai contoh, apabila seorang guru membuat kerja dalamkomputer di rumah dan apabila hendak print di sekolah, dokumen tertinggal dalam komputer di rumah. Jadi, ianya tidak menjadi masalah apabila terdapatnya Dropbox di dalam mana-mana komputer dan boleh akses internet kerana dokumen tersebut dapat diambil menggunakan Dropbox.

 

Memandangkan Dropbox merupakan sebuah perisian penyimpanan fail dan boleh dikongsi serta diakses mana-mana komputer, guru boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar pelajar. Pelajar-pelajar tersebut boleh membuat akaun Dropbox sendiri melalui komputer sendiri. Kemudian, guru boleh memberi kerja rumah atau latihan kepada pelajar dan pelajar boleh menyiapkan latihan tersebut dan diperiksa oleh guru tersebut. Melalui Dropbox ini, pelajar boleh melihat kerja rumah dan latihan mereka yang telah diperiksa oleh guru, kemudian membetulkan kesalahan yang ada. Melalui Dropbox ini juga, pelajar boleh mengikuti perkembangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru apabila ada maklumat yang terbaru.

 

Pada masa kini, bukan menjadi masalah yang besar bagi pelajar untuk memiliki akaun Dropbox. Ini kerana, kerajaan telah membekalkan 1 murid 1 komputer. Oleh itu, guru-guru juga boleh manfaatkan komputer dengan mengagihkan kerja sekolah lanjutan kepada pelajar menerusi software Dropbox. Dengan adanya aplikasi Dropbox dalam komputer pelajar, ini memudahkan lagi menghantar kerja sekolah lanjutan atau kerja kursus menerusi Dropbox. Ini bukan hanya menjimatkan masa malah ianya sebagai satu alternatif penting apabila pelajar sering kali lupa untuk membawa buku yang mengandungi kerja sekolah lanjutan.

 

Di samping itu juga, para pelajar tidak perlu membawa komputer untuk pembentangan tugasan di dalam kelas. Para pelajar hanya perlu membawa pendrive sebagai backup fail sekiranya berlaku ketiadaan talian internet WiFi di sekolah. Guru pula tidak perlu membawa notebook kerana guru akan menggunakan komputer yang dibekalkan di sekolah terutamanya di dalam bilik ICT. Oleh itu, guru hanya perlu mendapatkan bahan bantuan mengajar (BBM) daripada akaun Dropbox di mana BBM ini telah save di rumah.