Sejarah Sekolah

Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2002. Ia dibina bagi menggantikan Sekolah Dato Ariffin Md Nam,Tasoh yang dijadikan Pusat Kokurikulum Negeri Perlis. Sekolah ini adalah rekabentuk baru yang didirikan diatas sebidang tanah seluas 5.9 hektar dengan bercirikan “SEKOLAH BESTARI”.

Bangunan sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan bilik pejabat pentadbiran,bilik guru, pusat sumber, pusat akses, bilik komputer dan sebagainya. Sekolah ini terletak berhadapan dengan  Empangan Timah Tasoh,Perlis.

Sekolah ini juga dikenali dengan sebagai Sek.Keb.Bukit Kedak bersempena geran tapak asal sebelum dipindahkan ke tapak sekarang di Guar Jentik. Sekolah ini lebih popular dengan nama Sek.Keb.Guar Jentik. Walaubagaimanapun semua urusan rasmi yang berkaitan kewangan akan menggunakan nama SK Bukit Kedak. Mulai 2013 dengan rasminya semua urusan sekolah ini mengguna nama Sek.Keb. Guar Jentik.

Guru Besar yang pertama sejak sekolah ini ditubuhkan ialah En.Abd.Aziz Bin Ismail (Guru Besar SK Dato Ariffin Md Nam,Tasoh). Seramai 12 orang tenaga pengajar, seorang pembantu tadbir,seorang pembantu am rendah, tiga perkerja rendah awam bertugas disekolah ini pada tahun 2002. Kebanyakannya adalah kakitangan SK Dato Ariffin Md Nam,Tasoh. Pada tahun 2003, 2004, 2005 pelajar menjadi lebih 290 orang dan 24 orang guru. Pada tahun 2006, 2007 pelajar makin berkurangan. Enrolmen murid 2011 hanya 231 orang termasuk murid prasekolah. Mulai 2012 bilangan kelas 10, enrolmen murid 217 dan pra 19 orang.Enrolmen murid berdasar data 15 Jun 2013 ialah  210 iaitu 193 orang murid Thn 1-6 dan 17 orang murid pra sekolah.

Pencapaian dan kejayaan  dalam bidang  kurikulum dan kokurikulum yang telah dicapai sejak sekolah ini mula dibuka pada tahun 2002 hingga sekarang (2014).