Soalan Lazim

Soalan soalan lazim:

  • 1. Bilakah waktu pejabat beroperasi?

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Pejabat beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dari hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.
  • 2. Bolehkah saya mengambil anak saya lebih awal daripada waktu persekolahan?

Boleh.

Anda boleh mengambil anak anda, atau menghantar wakil (dengan salinan IC) untuk mengambil anak anda lebih awal. Anda juga dikehendaki menulis didalam buku sebab musabab ataupun menyertakan surat bertulis kepada SK Guar Jentik.
  • 3. Bagaimanakah saya boleh berjumpa dengan Guru Besar? 
Temujanji
Anda boleh menelefon pejabat terlebih dahulu untuk membuat temu janji dengan Guru Besar SK Guar Jentik
  • 4. Saya tidak puas hati dengan…. Bagaimanakah cara menyelesaikannya?

Bersabar

Anda boleh menyelesaikan masalah anda dengan membuat temu janji dengan pejabat dan berjumpa dengan individu yang berkenaan.
  • 5. Bagaimanakah cara untuk saya membuat sumbangan kepada sekolah?

Tunai/Cek ataupun Pindahan Wang Bank

Anda boleh menghubungi pejabat SK Guar Jentik untuk meneruskan niat baik anda. Tahniah..
  • 6. Anak saya bukan warganegara Malaysia, bolehkah dia belajar di Sekolah Kebangsaan Guaar Jentik?

Boleh

Sebelum mendaftar di SK Guar Jentik untuk bukan warganegara, anda perlu surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Selepas itu, anda boleh berurusan dengan Pejabat SK Guar Jentik secara terus.
  • 7. Saya kehilangan Sijil Berhenti Sekolah. Bolehkah saya dapatkan kembali?
Boleh
Walaubagaimanapun, anda hanya akan mendapat salinan daripada slip asal. Berhati hati dengan Sijil Berhenti Sekolah anda.